Jumaat, 18 Februari 2011

khas untuk pelajar

Antara Valentine dan Maulidur Rasul !



As salam para sahabat blogger :)

Anda tahu berapa tarikh Valentine? 14 Februari Masihi...
Anda tahu berapa tarikh Maulidur Rasul? Tak tahu?
Adakah anda di antara orang2 yang menyambut tarikh 'berkeramat' itu?
Yang kononya..hari segala hari dalam setahun yang amat bermakna bagi pasangan yang bercintan-cintun!
Upss..sebelum saya lebih ke dalam lagi..
Bagi anda yang mula tak senang dengan tulisan dalam entri kali ini..
boleh la memangkah blog saya..takut nanti syaitan2 dalam diri menangis.. :)
Sambung kembali...
14 Februari...Segalanya bermula pada 14 Februari...
anda tahu 14 Februari tu berapa Rabiul'awal?
Ya!11 Rabiul'awal...
Maknanya...keesokan harinya adalah hari yang mulia iaitu hari Maulidur Rasul...
Sanggupkah anda yang meraikan hari Valentine dengan penuh 'kasih sayang'
dan esoknya menyambut pula hari Maulidur Rasul?
Owhh~ataupun ada yang terlupa akan hari Maulidur Rasul kerana asyik teringatkan hari Valentine tu?
Jangan lupa tau Maulidur Rasul pada hari Selasa-15 Februari Masihi..

Kenapa kita tak boleh sambut Valentine Day's?
di bawah ada faktanya..

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewidewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai symbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.



Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.







Jelas bukan?
Fakta ini mungkin ada yang dah tahu,...
tapi bukan don't know jer..
Kenapa?sebab korang pun ada bf/gf,kan?
Kenapa?sebab korang nak meraikan hari Valentine tu kan?




Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.

Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.;

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim



MASIHKAH ANDA MAHU MENYAMBUT VALENTINE DAY,S?
TEPUK DADA..TANYA IMAN :)






Sedar tak sedar...Maulidur Rasul semakin hampir...ini telah mencambahkan rasa rindu yang membuak2 terhadap Kekasih Allah itu...










Memperingati maulid Nabi Muhammad saw, sejatinya adalah keharusan bagi ummmat Muhammad saw,
kerana Allah SWT-pun terlah berfirman : Katakanlah: “Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.”(QS.Yunus:58)


Dan Rasulullah saw sendiri menegaskan, bahwa rahmat yang terbesar yang dikaruniakan Allah SWT kepada alam semesta ini, adalah dengan lahirnya Nabi Muhammad saw. Demikian sebagimana dinuqil oleh As-Suyuthi dari Ibn Abbas ra.
Pada ayat yang lain Allah SWT berfirman : Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.(QS Hud:120)


Nampak jelas dalam pengertian ayat tersebut bahwa cerita-cerita tentang Nabi-Nabi terdahulu telah menambahkan kekuatan keimanan dalam hati Nabi Muhammd saw. Dan pada hari ini, kita umatnya juga memerlukan kekuatan terhadap keimanan dalam hati kita dengan kisah-kisah teladan beliau semasa hidupnya.

Peringatan maulid adalah salah satu bentuk ungkapan kegembiraan akan lahirnya baginda Nabi Muhammad saw, yang dalam satu riwayat dijelaskan, bahwa Abi Lahab, Bapa Saudara Nabi yang kafir itu saja setiap hari isnin mendapatkan seksaan yang ringan yang diterimanya. Semua itu didapatkan oleh Abu Lahab, kerana dia telah memerdekakan budaknya tepat pada hari kelahiran anak saudaranya yang kelak menjadi Nabi Akhir Zaman itu. Abi Lahab sangat bergembira dengan kelahiran beliau.
Kalau saja Abi Lahab, sang penentang Nabi itu mendapatkan anugerah seperti itu, apalagi kita selaku umat sang Nabi Muhammad saw, tentulah Allah SWT akan menganugerahkan pahala yang besar bagi yang bergembira dengan kelahiran beliau. Amin.



JADI,ANDA PILIH UNTUK MENYAMBUT VALENTINE DAY,S ATAU MAULIDUR RASUL


0 ulasan:

Followers